Muar: Buruh sawit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, dengan empat tuduhan merogol anak tirinya berusia 13 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat, sejak Disember tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Mengikut kesemua tuduhan, dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Batu Pahat antara jam 10 pagi hingga 10 malam, dari Disember tahun lalu hingga September lalu.
Bagi keempat-empat tuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.









