Muar: Buruh didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, dengan empat tuduhan merogol anak tirinya berusia 13 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat, sejak Disember tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Mengikut kesemua tuduhan, dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Batu Pahat antara 10 pagi hingga 10 malam dari Disember tahun lalu hingga September lalu.
Bagi kesemua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.









