Belanjawan negara mencerminkan nilai tadbir urus kerajaan dalam mengimbangi hala tuju negara, bukan sahaja bagi satu penggal, tetapi memastikan matlamat pembangunan mampan untuk generasi akan datang.
Setiap tahun kita mendengar, menilai dan mengkritik keputusan kerajaan melibatkan cukai, pelepasan cukai mengikut kategori, bantuan subsidi dan golongan sosial mana yang akan mendapat manfaat lebih.
Tema bagi Belanjawan 2027 ialah 'Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi' memperuntukkan RM510 bilion dan menjadi belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Maka, bajet untuk tahun depan sudah tentu memberikan kesinambungan terjemahan konsep wasatiyyah dan fokus untuk membina sebuah negara yang seimbang serta berkeadilan.









