PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli hampir menghadiahkan podium kepada penyokong tempatan sebelum terpaksa berpuas hati di tempat keempat selepas dipintas pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe pada penghujung perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.Hakim Danish yang memulakan perlumbaan dari petak ketiga memberikan saingan sengit dalam perebutan kelompok hadapan, sekali gus membuka peluang untuk menaiki podium di hadapan ribuan penyokong tanah air.Bagaimanapun, harapan pelumba berusia 19 tahun itu tidak kesampaian apabila Carpe berjaya memintasnya pada penghujung saingan untuk merampas kedudukan ketiga.Pelumba Sepanyol, Maximo Quiles, muncul juara perlumbaan diikuti pelumba Indonesia, Veda Pratama di tempat kedua manakala Carpe melengkapkan podium.Walaupun terlepas peluang menaiki podium, keputusan di tempat keempat tetap memperlihatkan kemampuan Hakim untuk bersaing dengan pelumba terbaik dunia dalam musim sulungnya di Kejuaraan Dunia Moto3.Lebih membanggakan, Hakim Danish sebelum ini sudah membuktikan potensinya apabila mencipta kemenangan sulung di GP Republik Czech, selain meraih tempat ketiga di GP Itali musim ini.Pencapaian itu meletakkan pelumba kelahiran Terengganu berkenaan antara bakat muda yang wajar diberikan perhatian dalam saingan Moto3, terutama selepas berjaya memberikan cabaran di hadapan penyokong sendiri.
Hakim Danish terlepas podium, dipintas Alvaro Carpe pada hujung saingan Moto3

Key takeaways
Hakim Danish Ramli terlepas peluang podium dalam perlumbaan Moto3 GP Malaysia selepas dipintas Alvaro Carpe pada penghujung perlumbaan.
- Hakim Danish memulakan perlumbaan dari petak ketiga dan memberikan saingan sengit.
- Alvaro Carpe memintas Hakim Danish pada penghujung perlumbaan untuk merampas kedudukan ketiga.
- Hakim Danish mencatatkan keputusan tempat keempat yang menunjukkan kemampuannya dalam musim sulungnya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Hakim Danish terlepas podium, dipintas Alvaro Carpe pada hujung saingan Moto3 (this story)
- Harian Metro Hakim Danish terlepas podium di Sepang







