Sepang: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli terpaksa berpuas hati di tempat keempat selepas terlepas peluang menaiki podium pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Memulakan perlumbaan dari petak ketiga, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu mempamerkan aksi kompetitif apabila bersaing sengit di kelompok depan sejak awal perlumbaan.
Bagaimanapun, perebutan podium semakin hangat pada pusingan terakhir apabila Hakim Danish terbabit dalam persaingan sengit bersama tiga pelumba lain iaitu Veda Pratama (Honda Team Asia), Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo) dan David Almansa (Liqui Moly Dynavolt Intact GP).
Namun Hakim Danish akhirnya terpaksa akur menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas cubaan untuk memintas Carpe di selekoh terakhir gagal.








