Bintulu: Memasak sendiri menjadi antara cara mahasiswa Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) mengurangkan perbelanjaan makanan harian menerusi kemudahan Dapur Siswa MADANI yang disediakan di Kolej Sri Rajang.

Kemudahan itu memberi peluang kepada mahasiswa, khususnya mereka yang berdepan kekangan kewangan, untuk menyediakan makanan mengikut kemampuan dan cita rasa sendiri tanpa terlalu bergantung kepada pembelian makanan di luar.

Inisiatif berkenaan turut mendapat perhatian kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM20 juta bagi Program Dapur Siswa MADANI dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan pada 9 Oktober lalu.

Peruntukan itu membabitkan peluasan program ke politeknik dan institut pendidikan guru (IPG), termasuk penyediaan peralatan memasak, sumbangan bahan makanan serta Menu Kasih Siswa pada harga RM5.