MELAKA - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor menyaksikan pertembungan dua calon wanita iaitu penyandang, Datuk Tuminah Kadi daripada Barisan Nasional (BN) dengan bekas Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datin Seri Dr Asmah Samat mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Tuminah berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri pernah menyandang jawatan Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka selain memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Cybernetics International College of Technology yang diperoleh pada 2025.Sementara itu, Dr Asmah berkelulusan perubatan dari Universiti Malaya (UM) dan mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam bidang kesihatan awam sebelum bersara daripada KKM pada 2023.Tuminah berkata, beliau tidak tertekan berdepan pesaing yang mempunyai latar belakang profesional, memandangkan dirinya juga mempunyai kekuatan tersendiri menerusi pengalaman hampir lima tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.Menurutnya, bidang kepimpinan mempunyai kemahiran tersendiri yang berbeza daripada kerjaya profesional lain, termasuk keupayaan memahami keperluan serta mendekati masyarakat."Bagi saya, tidak ada tekanan kerana bidang kerjaya masing-masing berbeza. Setiap manusia mempunyai karakter dan pencapaian tersendiri."Walaupun calon yang bertanding dengan saya seorang doktor, itu bidang kerjaya masing-masing. Namun, dalam kepimpinan, kemahiran dan pendekatannya berbeza," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, akan bersaing secara sihat dan berharap hubungan baik serta kemesraan yang terjalin bersama masyarakat sepanjang tempoh perkhidmatannya dapat diteruskan sekiranya diberi mandat sekali lagi."Apabila menjadi wakil rakyat, kita kena menjadi rakyat dahulu sebelum boleh menjadi wakil rakyat."Saya berikan perkhidmatan terbaik dan sentiasa turun padang. Saya berharap hubungan serta jalinan mesra ini dapat diteruskan dan mudah-mudahan kita dapat mengekalkan kemenangan," katanya.Sementara itu, Dr Asmah yang juga anak jati Kampung Pantai Kundor dan dibesarkan di Paya Luboh, Tangga Batu berkata, beliau berharap pertandingan itu berlangsung secara sihat tanpa serangan peribadi, selain calon yang diberikan kepercayaan rakyat mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik."Saya tidak perlu sentuh hak individu. Kita hanya berdoa, siapa-siapa sahaja yang dipilih, dia boleh melaksanakan hasrat rakyat dan menjalankan tugas dengan baik."Sebenarnya, orang kata ‘it takes two to tango’. Bukan wakil rakyat sahaja, rakyat juga perlu memainkan penting bagi memastikan segala tanggungjawab serta keperluan rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,"’katanya.Dr Asmah berkata, keputusan untuk bertanding didorong minat untuk terus bekerja dan menyumbang kepada masyarakat meskipun sudah bersara daripada perkhidmatan kerajaan."Selepas bersara, saya ada juga melakukan kerja sosial dan kebajikan seperti mengadakan pemeriksaan serta ceramah kesihatan."Dar