asyikin.mat@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ketetapan berhubung proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bakal terjawab esok susulan mesyuarat khas diadakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.
Ia diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 23 September lalu.
Perkara yang dinantikan antaranya tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian mengikut peruntukan undang-undang bagi PRN Melaka ke-16.









