RIYADH: Dua letupan kedengaran di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada Ahad, menurut wartawan AFP dan tiga penduduk, sehari selepas kumpulan Houthi Yaman yang disokong Iran menyerang lapangan terbang di bandar itu, mengorbankan 12 orang selain mencederakan ratusan lagi.
Wartawan AFP terdengar letupan kuat di tengah Riyadh, manakala tiga penduduk di bahagian utara bandar itu kemudian melaporkan terdengar satu lagi letupan.
“Burung-burung bertempiaran selepas bunyi itu kedengaran. Seluruh rumah bergegar,” kata seorang penduduk di kawasan kejiranan Al-Aarid di utara Riyadh kepada AFP.
Serangan pada Sabtu itu, yang paling dahsyat di bumi Arab Saudi dalam tempoh lebih sedekad, menandakan peningkatan ketara dalam perang Yaman.








