PASIR PUTEH - Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Negeri Sembilan ke Kota Bharu terbabas sebelum merempuh sebuah surau di pekarangan sebuah sekolah rendah di sini awal pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.50 pagi di Kilometer 1, Jalan Selising-Kok Lanas."Kemalangan itu melibatkan seorang pemandu lelaki berusia 60 tahun bersama-sama tiga penumpang, namun kesemuanya tidak mengalami sebarang kecederaan."Siasatan awal mempercayai pemandu berkenaan telah hilang kawalan dan cuba menekan brek namun bas itu terus menggelongsor ke hadapan lalu merempuh surau," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59).Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Sarjan Muhammad Syahril Ishak melalui talian 011-62963162 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Bas ekspres terbabas rempuh surau sekolah

Key takeaways
Bas ekspres terbabas dan merempuh surau di pekarangan sekolah rendah di Pasir Puteh awal pagi Isnin.
- Kemalangan berlaku kira-kira jam 4.50 pagi di Kilometer 1, Jalan Selising-Kok Lanas.
- Pemandu bas berusia 60 tahun dan tiga penumpang tidak cedera.
- Siasatan awal menyatakan pemandu hilang kawalan dan cuba tekan brek.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Menteri nafi dakwaan Irene Sofiya diseret dari surau ke dewan sekolah
- Utusan Malaysia Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah
- Utusan Malaysia Bas ekspres hilang kawalan rempuh surau sekolah
- Sinar Harian Bas ekspres terbabas rempuh surau sekolah (this story)








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2F9b9a5580ddb583f4be41effb0ba0c77e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
