PASIR PUTEH: Sebuah bas ekspres terbabas sebelum merempuh pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa, di sini awal pagi tadi.
Kejadian jam 4.40 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar, berkata pasukan bomba dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
"Sebaik tiba, kami mendapati bas berkenaan terbabas dan merempuh pagar sekolah. Terdapat empat lelaki dalam bas ekspres berkenaan iaitu seorang pemandu dan tiga penumpang.








