SHAH ALAM – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menafikan dakwaan gangguan bekalan air secara berperingkat dari 13 hingga 16 Oktober ini yang tular di media sosial.

Air Selangor menjelaskan video kerja-kerja pembaikan loji rawatan air (LRA) yang memberikan kesan kepada ramai pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikongsi semula itu merupakan rakaman lama pada 2021.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan merujuk sebarang informasi sahih dan terkini mengenai kerja-kerja pembaikan dan naik taraf LRA menerusi laman rasmi Air Selangor.

“Pastikan benar, baru sebar,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi Air Selangor.