London: Sebuah pesawat British Airways yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow London ke Chicago, Amerika Syarikat (AS), terpaksa berpatah balik selepas mengalami perubahan altitud secara mendadak sejurus berlepas sebelum menghabiskan masa berjam-jam berlegar di udara.
Memetik Fox News, pesawat Boeing 777 itu dilaporkan turun kira-kira 27,000 kaki kepada altitud sekitar 9,000 kaki sebelum berpatah balik ke Heathrow pada Isnin lalu.
Jurucakap British Airways mengesahkan, pesawat berkenaan kembali ke Heathrow berikutan masalah teknikal dan selamat mendarat.
"Keselamatan pelanggan dan kru kami sentiasa menjadi keutamaan kami dan pesawat mendarat dengan selamat selepas juruterbang kami yang terlatih kembali ke Heathrow berikutan masalah teknikal," katanya.









