KUALA LUMPUR: Cadangan supaya final Piala FIFA ASEAN 2026 ditangguhkan sementara susulan kontroversi masa tambahan dalam aksi Indonesia-Bangladesh dilihat sukar untuk direalisasikan kerana kuasa FIFA untuk mengetepikan keputusan pengadil ketika perlawanan adalah sangat terhad.
Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli, berkata FIFA tidak boleh mengatasi kuasa pengadil perlawanan yang membuat keputusan ketika aksi berlangsung selagi tindakan berkenaan tidak bercanggah dengan Undang-Undang Permainan.
Menurutnya, persoalan mengenai masa tambahan sahaja juga belum memadai untuk membolehkan FIFA mengambil tindakan terhadap keputusan perlawanan, termasuk menangguhkan final yang sudah dijadualkan.









