NAGOYA: Jaguh skuasy negara, Ng Eain Yow semakin membara untuk melangkah ke tahap lebih tinggi dalam kariernya selepas mencipta sejarah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menerusi kejayaan meraih pingat emas perseorangan lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Pemain berusia 28 tahun itu menewaskan wakil India, Abhay Singh pada aksi final di Nagoya Kinjo Futo Arena, Ahad lalu, sekali gus menjadi pemain perseorangan lelaki pertama yang mengesahkan tempat ke temasya berkenaan menerusi kejayaan di Sukan Asia.
Kejayaan itu disusuli satu lagi emas apabila Eain Yow membantu skuad lelaki negara menewaskan Pakistan 2-0 pada final acara berpasukan, semalam.
Pemain ranking ke-18 dunia itu kini mengumpul empat emas Sukan Asia selepas turut menjuarai acara perseorangan lelaki pada edisi Hangzhou 2022 serta acara berpasukan pada Jakarta-Palembang 2018.









