mohdsyazwan@hmetro.com.my

Bandung: Kemenangan besar 6-0 ke atas Singapura bukan sekadar menghadirkan suasana positif dalam kem Harimau Malaya, malah menjadi gambaran jelas komitmen tinggi yang dipamerkan pemain sepanjang aksi terakhir Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, memuji kesungguhan anak buahnya yang disifatkan memberikan segala-galanya di atas padang dalam usaha memastikan pasukan menamatkan saingan kumpulan dengan nota cukup bergaya.

"Suasana sangat baik. Sudah tentu semua pemain menunjukkan komitmen tinggi dan memberikan segala-galanya dalam perlawanan ini. Mereka beraksi dengan baik dan saya gembira melihat persembahan yang ditunjukkan," katanya,dalam sidang media selepas tamat perlawanan sebentar tadi.