KUALA LUMPUR - Seorang pemilik syarikat penerbangan persendirian ditahan pada Rabu, bagi membantu siasatan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Lapangan Terbang Luang Prabang Laos.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki tempatan berusia 49 tahun itu ditahan pihaknya kira-kira jam 12 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.Menurutnya, siasatan mendapati syarikat penerbangan suspek menawarkan perkhidmatan penerbangan di Malaysia."Individu ini juga merupakan pemilik pesawat yang ditahan pihak berkuasa di Laos."Hasil siasatan mendapati syarikat penerbangan ini mempunyai dua pesawat seumpamanya yang turut menawarkan perkhidmatan sewaan pesawat persendirian (private jet) kepada sesiapa sahaja yang membuat tempahan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, bagi kes ini pesawat disewakan dengan bayaran AS$49,500.Tambahnya, JSJN Bukit Aman sedang mengenal pasti individu yang membuat tempahan penyewaan tersebut untuk diambil tindakan lanjut.Dalam pada itu, Hussein memaklumkan tiga lagi individu turut ditahan pada hari yang sama untuk siasatan lanjut."Kesemua tangkapan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau," ujarnya.Tegasnya, dadah ialah musuh nombor satu negara dan orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222.1 Oktober lalu, Polis Laos merampas 521 kg dadah jenis kristal disyaki methamphetamine dalam sebuah jet persendirian yang tiba dari Subang.Siasatan kemudian mendapati pesawat itu berlepas dari Subang tanpa membawa muatan sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos kira-kira jam 11.30 pagi.Kira-kira jam 1.30 petang, dua kenderaan tiba membawa 23 beg yang kemudiannya dipindahkan ke dalam pesawat terbabit.Susulan kejadian itu, seramai 13 individu termasuk seorang warganegara Malaysia, rakyat Singapura dan Filipina, telah ditahan oleh pihak berkuasa Laos bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah rentas negara berkenaan.
Kes dadah di Laos: Pemilik syarikat penerbangan ditahan - JSJN

Key points
- KUALA LUMPUR - Seorang pemilik syarikat penerbangan persendirian ditahan pada Rabu, bagi membantu siasatan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Lapangan Terbang Luang Prabang Laos.
- Menurutnya, siasatan mendapati syarikat penerbangan suspek menawarkan perkhidmatan penerbangan di Malaysia.
- Dalam pada itu, Hussein memaklumkan tiga lagi individu turut ditahan pada hari yang sama untuk siasatan lanjut.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Rampasan 521kg dadah di Laos, satu rakyat Malaysia antara 13 ditahan
- Sinar Harian Kes dadah di Laos: Pemilik syarikat penerbangan ditahan - JSJN (this story)





%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F833780259_4724541361094021_8978085125395698854_n_142428.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

