LONDON: Kyle Walker tampil mempertahankan sejarah Manchester City dengan menegaskan trofi yang dijulang bersama kelab itu tidak mungkin 'dipadamkan', walaupun bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan berdepan kemungkinan hukuman susulan kes pelanggaran peraturan kewangan.
City didapati bersalah terhadap lebih 100 daripada 130 pertuduhan yang dikenakan EPL, namun pihak kelab mengekalkan pendirian tidak bersalah dan sudah mengemukakan rayuan.
Hukuman masih belum diputuskan, dengan City berdepan kemungkinan dikenakan pelbagai bentuk sekatan termasuk pemotongan mata, denda dan paling berat, disingkirkan daripada saingan liga.
Turut timbul persoalan sama ada City boleh dilucutkan trofi yang dimenangi dalam tempoh pertuduhan, yang membabitkan antara tahun 2009 hingga 2018.








