SEREMBAN: Seorang wanita yang juga pegawai kastam ditemukan maut selepas dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah unit kuarters kakitangan kerajaan di Nilai di sini malam tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.
“Mangsa merupakan wanita berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pegawai kastam.








