London: Bekas ketua pasukan Red Bull, Christian Horner mendedahkan detik mencemaskan apabila mengalami serangan panik ketika perlumbaan Formula Satu (F1), sehingga menyangka dirinya diserang sakit jantung.

Horner, 52, menerajui Red Bull selama lebih 20 tahun sebelum dipecat pada musim panas tahun lalu dan menerima pampasan penamatan kontrak berjumlah £67 juta (RM363.68 juta).

Selepas meninggalkan dunia perlumbaan, Horner mempunyai lebih banyak masa untuk mengenang perjalanan kariernya selain meneroka peluang baharu di luar sukan permotoran.

Dalam sesi bersama peminat itu, beliau berkongsi pelbagai perkara termasuk kemungkinan kembali ke F1, rundingan untuk mendapatkan khidmat pelumba seperti Lewis Hamilton dan Fernando Alonso, serta hubungannya dengan isteri yang juga bekas anggota kumpulan Spice Girls, Geri Horner.