Sipitang: Seramai 25 penduduk daripada empat keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka di Kampung Bebangkong Mesapol di sini, dilanda banjir awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Desmond Anak Mickey berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.42 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.
Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 5.55 pagi dan mengesahkan berlaku banjir di kawasan berkenaan.
"Operasi pemindahan membabitkan 25 mangsa daripada empat keluarga ke Dewan Mesapol menggunakan sebuah bot penyelamat.










