BUTTERWORTH: Hujan lebat berterusan sejak awal pagi mengakibatkan banjir kilat di kawasan Taman Cantek dan Jalan Jelawat, Seberang Jaya, di sini.

Di Lorong Cantek 4, Taman Cantek, Butterworth, kira-kira 20 unit rumah terjejas selepas paras air di parit berhampiran meningkat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.24 tengah malam.

Menurutnya, banjir kilat setinggi 0.3 meter dipercayai berpunca hujan lebat serta peningkatan paras air di parit berhampiran.