Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, AS boleh menamatkan perangnya dengan Iran sekarang tetapi mahu memastikan hasilnya (outcome) berkekalan, lapor Anadolu Ajansi.
"Ia akan berakhir tidak lama lagi. Kami boleh tinggalkan (Iran) sekarang, tetapi kami mahu memastikan (hasil daripada perang) bertahan lama," kata Trump pada perhimpunan di South Carolina.
Beliau mendakwa Tehran tidak akan mempunyai senjata nuklear.
Trump juga berkata AS mempunyai sekatan di Selat Hormuz, yang digelarnya sebagai "Selat Trump."









