JOHOR BAHRU: Ahli keluarga kepada peneroka yang maut dibunuh seorang lelaki menggunakan kapak di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi semalam mahu hukuman setimpal terhadap pelaku.

Anak sulung mangsa yang enggan dikenali berkata, bapanya yang berusia 68 tahun itu tinggal di kawasan Felda tersebut bersama ibunya, seorang adik perempuan serta suaminya.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa bapanya adalah pada Sabtu lalu ketika dia pulang ke kampung halaman menjenguk kedua ibu bapanya.

“Saya dimaklumkan oleh rakan di kampung, ayah ditetak sehingga meninggal. Saya bergegas pulang dari Pengerang sebelum tiba kira-kira pada pukul 9 malam.