Lee Chean Chung meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya pagi tadi selepas PKR menggantung keahliannya selama tiga tahun.

PETALING JAYA: Timbalan Setiausaha Agung PKR, Bryan Ng mendakwa bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung tidak menghadiri kebanyakan mesyuarat pihak berkuasa tempatan berkaitan isu penduduk setempat.

Menurutnya, ia termasuk perbincangan mengenai mitigasi banjir dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Beliau berkata, RTPJ ialah proses penting menentukan hala tuju pembangunan Petaling Jaya, termasuk penggunaan tanah, trafik, kemudahan awam serta perancangan masa depan bandar.

"Kalau benar mahu selesaikan masalah rakyat, hadir dahulu di meja penyelesaian. Rakyat mahukan penyelesaian, bukan sekadar pertunjukan.