KUALA LUMPUR: Keputusan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meletakkan jawatannya dianggap sesuai kerana sudah lama tidak mengikuti program parti termasuklah Kongres Nasional PKR, baru-baru ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri tiada masalah dengan keputusan Chean Chung itu jika bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya berkenaan sudah tidak lagi berminat dengan parti.
“Dia sudah berhenti lama, baru tahu? Dia lama tak hadir mensyuarat parti, kongres pun tak hadir, jadi sesuailah kalau dia tak minat (dengan PKR) tiada masalah. Dia pergi dengan baik, terima kasih atas sumbangan.
“Tetapi sudah lebih setahun dia tak pernah campur soal urusan parti, mesyuarat-mesyuarat parti pun tak hadir, jadi tak apalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi, di sini, hari ini.








