MASA depan Cristiano Ronaldo bersama skuad Portugal kini menjadi tanda tanya selepas bintang berusia 41 tahun itu meninggalkan kem latihan pasukan negara selepas mengetahui tidak berada dalam kesebelasan utama menentang Denmark pada Jumaat.Ronaldo mengumumkan keputusan itu selepas ketua jurulatih Portugal, Jorge Jesus mengesahkan pemenang lima kali Ballon d'Or berkenaan sekali lagi tidak akan disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi aksi kedua berturut-turut Liga Negara-Negara.Tanpa kelibat Ronaldo, Portugal tampil bertenaga untuk menewaskan Denmark 4-2.Bekas penyerang Real Madrid itu sepatutnya menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Parken menjelang perlawanan berkenaan namun memilih meninggalkan kem selepas keputusan Jesus diumumkan."Selepas sidang akhbar jurulatih pasukan kebangsaan dan selepas berbincang dengan presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal, saya memutuskan untuk meninggalkan kem latihan pasukan kebangsaan," tulis Ronaldo di Instagram.Ronaldo sebelum ini turut tidak diturunkan ketika Portugal menewaskan Norway 2-1 pada Ahad selepas menjadi kapten ketika kemenangan 1-0 ke atas Wales pada Khamis lalu.Lebih mencetuskan persoalan, Ronaldo memberi bayangan bahawa terdapat sebab lebih besar di sebalik keputusannya meninggalkan kem Portugal, malah tidak menolak kemungkinan berakhirnya perjalanan antarabangsa bersama skuad berkenaan."Pada waktunya nanti, saya akan memberitahu seluruh rakyat Portugal perkara sebenar mengenai alasan saya meninggalkan pasukan kebangsaan yang sentiasa saya perjuangkan."Buat masa ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Portugal dan semua rakan sepasukan," katanya.Menurut laporan media Sepanyol, Marca, Jesus dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal, Pedro Proenca turut mengekori Ronaldo ke lapangan terbang Copenhagen dalam usaha memujuknya kekal bersama pasukan sebelum pemain itu menaiki jet peribadinya.Jesus sebelum ini menegaskan tiada perselisihan faham antara dirinya dan Ronaldo, namun mengakui kapten Portugal itu kecewa selepas hanya menjadi pemain simpanan ketika menentang Norway."Tiada sebarang insiden berlaku. Mana-mana pemain dan saya sendiri pernah menjadi pemain, apabila melakukan pemanasan badan selama 20 atau 30 minit tetapi tidak diturunkan, sudah tentu tiada siapa yang gembira," kata Jesus.Jurulatih berusia 72 tahun itu turut menjelaskan beliau memberitahu Ronaldo sebelum perlawanan bahawa pemain itu mungkin diturunkan sebagai pemain gantian namun akhirnya membuat keputusan sebaliknya."Saya membuat keputusan sebagai jurulatih untuk tidak memasukkannya. Tiada apa yang perlu diperbesarkan," katanya.Selepas kemenangan ke atas Denmark, isu Ronaldo terus mendominasi sidang akhbar Jesus."Saya fikir persembahan Portugal yang menjaringkan empat gol ini berada pada tahap yang sangat tinggi. Sudah tentu, itu lebih penting daripada perkara lain yang berlaku."Saya masih berpegang kepada pendirian yang sama. Memang ada pemain yang mempunyai status tertentu. Itu jelas."Tetapi saya ulang sekali lagi, peraturan adalah sama untuk semua pemain," katanya.Ronaldo sebelum ini turut mengakui bahawa musim ini berkemungkinan menjadi tahun terakhirnya dalam bola sepak.Sepanjang karier antarabangsa, Ronaldo kekal sebagai penjaring terbanyak dan pemain paling banyak melakukan penampilan buat Portugal dengan 146 gol dalam 234 perlawanan.Pemain yang pernah beraksi bersama Sporting, Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu membuat penampilan sulung antarabangsa pada usia 18 tahun pada 2003.Ronaldo kemudian membantu Portugal muncul juara Euro 2016, selain menjadi tonggak ketika mereka mara ke separuh akhir Piala Dunia 2006.
Masa depan Ronaldo jadi tanda tanya
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Masa depan Ronaldo jadi tanda tanya (this story)
- Harian Metro Masa depan Ronaldo bersama Protugal jadi tanda tanya





