Copenhagen: Masa depan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo bersama pasukan kebangsaan mula menjadi tanda tanya selepas pemain berusia 41 tahun itu meninggalkan kem apabila mendapat tahu dia tidak akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Denmark.

Ronaldo mengumumkan Khamis lalu bahawa dia meninggalkan pasukan, tidak lama selepas sidang media yang menyaksikan jurulatih Jorge Jesus mengesahkan pemenang Ballon d'Or lima kali itu sekali lagi tidak akan disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk aksi Liga Negara-Negara buat kali kedua berturut-turut.

Bekas penyerang Real Madrid itu sepatutnya menjalani latihan bersama rakan sepasukannya di Stadium Parken menjelang perlawanan, namun meninggalkan kem selepas pengumuman Jesus.