APABILA Belanjawan 2027 dibentangkan hari ini, perhatian lazimnya tertumpu kepada jumlah peruntukan, bantuan tunai, gaji minimum, subsidi dan insentif yang diumumkan kerajaan.

Namun ada satu persoalan lebih asas dan jarang diberikan perhatian sewajarnya sejauh mana setiap ringgit dibelanjakan benar-benar sampai kepada rakyat tanpa melalui ketirisan, pembaziran, salah guna kuasa atau rasuah?

Persoalan ini penting kerana wang dalam belanjawan bukan wang kerajaan dalam erti kata mutlak. Ia ialah wang rakyat yang dikutip melalui cukai, hasil sumber negara, dividen dan pelbagai bentuk pendapatan kerajaan yang lain.

Justeru, integriti dalam pengurusan kewangan awam bukan isu teknikal. Ia adalah persoalan keadilan kepada rakyat.