Bekas menteri Yeo Bee Yin berkata keputusan dasar sedemikian tidak seharusnya dibuat secara tergesa-gesa kerana ia akan menjejaskan enam juta pengguna yang bergantung pada Waze untuk mencari rezeki, perjalanan harian atau urusan logistik.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin menggesa kerajaan merujuk pakar industri dan teknologi navigasi sebelum mengambil langkah mengharamkan penggunaan aplikasi navigasi popular, Waze.

Setiausaha publisiti DAP itu berkata, keputusan dasar sedemikian tidak seharusnya dibuat secara tergesa-gesa kerana ia akan menjejaskan enam juta pengguna jalan raya di Malaysia yang bergantung pada Waze untuk mencari rezeki, perjalanan harian atau urusan logistik.

Mengakui kebimbangan berhubung asal usul aplikasi itu dari Israel, Yeo mempersoalkan mengapa negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) masih belum melaksanakan larangan serupa.