MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa beliau atau kerajaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung isu pelaksanaan tahanan di rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata pentadbirannya sentiasa menjunjung sistem raja berperlembagaan dan mematuhi proses undang-undang yang ditetapkan.

Anwar berkata keputusan berhubung tahanan di rumah bukan terletak di bawah bidang kuasa beliau sebagai Perdana Menteri, manakala tindakan Peguam Negara membawa perkara itu ke mahkamah selaras dengan tanggungjawab memelihara keluhuran undang-undang.

“Dia kata nak derhaka kepada Tuanku Agong. Saya Perdana Menteri, petang tadi Yang di-Pertuan Agong telefon saya. Hubungan baik.