KERAJAAN melakar pencapaian bersejarah menerusi penerbitan dua tranche sukuk global bernilai AS$1.5 bilion (RM6.13 bilion) pada Julai 2026, sekali gus menandakan penyertaan semula negara di pasaran sukuk berdaulat antarabangsa selepas lima tahun.

Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2027 berkata, terbitan sukuk ini mencatatkan spread terendah dalam sejarah dengan lebihan langganan sebanyak 4.7 kali serta jumlah permintaan langganan tertinggi melebihi AS$9.5 bilion (RM38.85 bilion) daripada pelabur institusi berkualiti tinggi di seluruh dunia.

Katanya, terbitan ini diberikan penarafan kredit berdaulat yang kukuh iaitu A3 daripada Moody’s dan A- daripada S&P Global Ratings, seterusnya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelabur.