Johor Bahru: Dua gol jaringan Marcos Guilherme memastikan misi Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan pertama tercapai selepas menewaskan Pohang Steelers 2-0 dalam aksi Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Pohang Steel Yard, di Pohang, Korea Selatan,
Kemenangan itu amat penting buat skuad kendalian Xisco Munoz bagi mengharungi kempen ACLE selepas aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Buriram United pada 15 September lalu,
Apapun pertembungan JDT dan skuad kendalian Park Tae-ha sepanjang 30 minit babak pertama tampak seimbang tatkala permainan kerap berlegar di kawasan tengah dan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati menyusun taktikal serangan









