KUALA LUMPUR: Polis menolak dakwaan yang tular di media sosial mendakwa seorang penuntut universiti tempatan ditahan di Indonesia kerana disyaki cuba menyeludup empat kilogram dadah jenis methamphetamine atau syabu ke negara itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata hasil siasatan mengesahkan suspek yang ditahan pihak berkuasa Indonesia itu adalah rakyat negara berkenaan, bukannya rakyat Malaysia seperti yang dilaporkan.
Beliau berkata, lelaki terbabit ditahan polis Tanjung Balai, Sumatera Utara pada 10 Oktober lalu selepas tiba di Terminal Feri Teluk Nibung dari Port Dickson, Negeri Sembilan.
"Siasatan awal mendapati pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki warga negara itu yang tiba di Terminal Feri Teluk Nibung dari Port Dickson.









