KUALA LUMPUR – Murid-murid asrama disarankan untuk terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat jerebu, selagi keadaan selamat dan kebajikan murid terjamin.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, langkah berkenaan disyorkan bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dengan urusan logistik untuk mengambil dan menghantar anak berulang kali sepanjang tempoh penutupan berulang.

“Bagi murid asrama, selepas ini mereka disarankan untuk terus berada di asrama sepanjang penutupan sekolah akibat jerebu selagi keadaan selamat dan kebajikan terjamin. Kita tidak mahu ibu bapa terbeban dengan urusan mengambil dan menghantar anak berulang kali,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.