KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, saya anggap ini sebagai satu perjuangan sangat panjang yang melibatkan air mata di mahkamah."

Begitu luahan pelakon, Betty Banafe, 47, mengenai perkembangan kes tuntutannya terhadap bekas suaminya Bruce Dargus di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut Betty atau nama sebenar Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, ketika ini pihak mahkamah menetapkan sebutan kes hadhanah (hak jagaan anak) pada 1 Disember depan.

Justeru, katanya, dia berusaha untuk menyelesaikan kes terbabit sekali gus mahu memperjuangkan hak anak-anak tanpa bertolak ansur.