LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Andoni Iraola nyata tidak berpuas hati dengan prestasi semasa pasukan walaupun mereka berjaya merakamkan kemenangan 4-3 dengan menewaskan Villarreal pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Walaupun mengekalkan permulaan positif pada saingan Eropah, Iraola menjelaskan tiada ruang untuk para pemainnya mudah berasa selesa dengan pencapaian ketika ini sebaliknya harus kekal menjadi lebih baik.

“Dalam 30 ke 35 minit pertama, Villarreal jauh lebih baik berbanding kami, namun di babak kedua, giliran kami tampil lebih bagus. Saya fikir, apabila kami berada dalam tekanan, kami akan beri segala-galanya dan pemain mampu memberikan jawapan dengan tepat.

“Apabila kami mula santai atau pun berasa 4-2 sudah selesa, kami pasti akan dihukum. Jadi bagi saya, dalam apa-apa keadaan, kami tidak boleh ‘berehat’,” katanya.