KPT berkata, pelaksanaan PdP dalam talian atau hibrid di IPTA tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan program akademik di institusi masing-masing.PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari 5 hingga 13 Nov ini, bersempena dengan sambutan Deepavali pada 8 Nov.
KPT memaklumkan, kemudahan itu diberikan kepada pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu di semua universiti awam, politeknik dan kolej komuniti agar mereka dapat pulang ke kampung halaman, serta meluangkan masa bersama keluarga.
"Bagaimanapun, pelaksanaannya tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan program akademik di institusi masing-masing bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti akademik tidak terjejas," kata KPT dalam kenyataan..







