AYER KEROH - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN memenangi 21 kerusi manakala PN memperoleh tiga kerusi."Kita telah memperoleh majoriti kukuh secara tidak rasmi sebanyak 24 kerusi DUN."Dengan ini, insya-ALLAH, BN dan PN akan membentuk kerajaan negeri Melaka. Bagi pihak seluruh kepimpinan BN dan PN, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Melaka," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Sabtu.Tambah Ahmad Zahid, keputusan tersebut mencerminkan keyakinan rakyat Melaka terhadap rekod pencapaian, kestabilan dan hala tuju pembangunan yang ditawarkan BN dan PN berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang tempoh kempen.Beliau turut menegaskan bahawa kemenangan itu juga bukan alasan untuk BN dan PN bermegah, sebaliknya diterima dengan penuh kesyukuran, rendah hati dan keinsafan.Sementara itu, beliau menyatakan bahawa BN dan PN mencalonkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka.Jelasnya, ia susulan kejayaan gabungan itu memperoleh majoriti kukuh.Menurutnya, watikah pencalonan berkenaan akan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam malam ini."Dengan ini, BN dan PN mencalonkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai calon Ketua Menteri Melaka."Watikah berkenaan akan saya utuskan malam ini kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka," katanya.
[TIDAK RASMI] BN-PN kuasai Melaka, Ab Rauf kekal calon Ketua Menteri

Key takeaways
BN dan PN memperoleh majoriti dua pertiga dalam PRN Melaka berdasarkan keputusan tidak rasmi, dengan BN memenangi 21 kerusi dan PN tiga kerusi. Kedua-dua gabungan akan membentuk kerajaan negeri dan mencalonkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri.
- BN memenangi 21 kerusi dan PN memperoleh tiga kerusi dalam PRN Melaka.
- Gabungan BN dan PN mencapai majoriti 24 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan.
- Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dicadangkan sebagai calon Ketua Menteri Melaka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Tak rasmi: BN-PN menang PRN Melaka, dakwa Asyraf
- Utusan Malaysia Tidak rasmi: BN-PN menang 24, PH pertahan empat kerusi
- Sinar Harian [TIDAK RASMI] BN-PN kuasai Melaka, Ab Rauf kekal calon Ketua Menteri (this story)









