am@hmetro.com.my

Gerik: "Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu masih bernyawa ketika dalam kereta (Perodua Axia) itu yang mana dia terperosok ke bahagian bawah.

"Namun dia meninggal dunia tidak lama selepas dibawa keluar," kata pemandu lori, Khairul Anuar Abd Manaf, 42, yang menceritakan mengenai mangsa kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), hari ini yang mengorbankan empat orang.

Kemalangan itu membabitkan sebuah Perodua Axia dinaiki lima orang serta sebuah lagi kereta dan lori dipandu Khairul Anuar.

Menurutnya, ketika itu dia dalam perjalanan dari Kedah menghala ke Kelantan, manakala kereta dinaiki mangsa pula datang dari arah bertentangan.