WASHINGTON – Pengawal Pantai Amerika Syarikat(AS) menemukan serpihan sebuah pesawat perubatan yang hilang ketika dalam penerbangan dari Bermuda menuju Boston, dengan enam orang di dalamnya masih belum dijumpai.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memberitahu Pengawal Pantai pagi kelmarin bahawa pihaknya terputus hubungan dengan pesawat Gulfstream G100 mempunyai nombor ekor C-GRJP tersebut.
Pasukan Pengawal Pantai telah menemui kawasan serpihan disahkan milik pesawat hilang itu,” katanya.
Ketika kejadian, ia membawa empat rakyat Kanada dan dua warga Bermuda.
Pesawat kendalian Latitude Air Ambulance yang berpangkalan di Kanada itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan), kata seorang jurucakap syarikat Clarence Togeretz kepada AFP.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/02/cf0667319e5a2e446ce8e866bd734b5f.jpg)