KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Peguam menafikan dua anggota polis yang tular dalam kes dakwaan dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bertindak sebagai ‘ulat’ atau terlibat dalam ‘counter setting’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1), pada 28 September lalu.Peguam, Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad berkata, khabar angin itu tidak seharusnya digunakan untuk mengalihkan perhatian daripada isu utama, iaitu dakwaan bahawa Shuhaily telah mengasari dua anggota berkenaan.Menerusi kenyataan media, beliau berkata, terdapat kenyataan dibuat selepas kejadian, yang mana ia memberikan gambaran berbeza daripada keadaan sebenar yang berlaku."Kami berpandangan, sebarang kenyataan awam berhubung perkara yang masih dalam siasatan hendaklah dibuat dengan penuh tanggungjawab."Ia tidak seharusnya menjejaskan proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya.Sehubungan itu, beliau memohon supaya siasatan terhadap kejadian berkenaan dijalankan dengan segera secara telus dan bebas.Beliau berharap, sebarang tindakan undang-undang yang sewajarnya diambil berdasarkan hasil siasatan dan bukti.Beliau menegaskan, hak, keselamatan dan maruah anak guamnya sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa menjalankan tugas rasmi, wajar dilindungi.Beliau berkata, dakwaan dikasari secara fizikal ketika menjalankan tugas itu menyebabkan kedua-dua anggota berkenaan mengalami kecederaan selain menjejaskan maruah mereka sebagai penjawat awam."Kami telah mengemukakan fakta dan keterangan kepada pihak berkuasa, maka tindakan yang didakwa berlaku itu berpotensi melibatkan peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu kes menghalang penjawat awam."Ia turut melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan," katanya.Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh serta menentukan kesalahan yang didakwa dilakukan.Katanya, sebarang tindakan kekerasan terhadap penjawat awam yang sedang menjalankan tugas perlu dipandang serius tanpa mengira pangkat atau kedudukan mana-mana pihak.Menurutnya, kegagalan menangani dakwaan sedemikian secara sewajarnya berpotensi memberikan persepsi yang salah kepada masyarakat bahawa penggunaan kekerasan terhadap penjawat awam boleh diterima atau dibiarkan.Beliau turut menegaskan bahawa AKPS bukan sebahagian daripada PDRM dan kedua-dua agensi mempunyai fungsi serta bidang kuasa berbeza.Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di KLIA.Susulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaan menerima apa-apa sahaja keputusan atau tindakan.Semasa sidang akhbar, beliau berkata, tidak mahu KLIA menjadi seperti Selayang dan bebas daripada kegiatan ‘ulat’ warga asing.
Kes Shuhaily: Dua anggota polis yang dikasari bukan 'ulat’ atau terlibat ‘counter setting’ – Peguam

Key points
- Peguam, Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad berkata, khabar angin itu tidak seharusnya digunakan untuk mengalihkan perhatian daripada isu utama, iaitu dakwaan bahawa Shuhaily telah mengasari dua anggota berkenaan.
- Sehubungan itu, beliau memohon supaya siasatan terhadap kejadian berkenaan dijalankan dengan segera secara telus dan bebas.
- Beliau berkata, dakwaan dikasari secara fizikal ketika menjalankan tugas itu menyebabkan kedua-dua anggota berkenaan mengalami kecederaan selain menjejaskan maruah mereka sebagai penjawat awam.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Polis rujuk siasatan terhadap Shuhaily kepada AGC esok
- Sinar Harian Kes Shuhaily: Dua anggota polis yang dikasari bukan 'ulat’ atau terlibat ‘counter setting’ – Peguam (this story)
- Berita Harian 2 anggota PDRM tampil mendakwa dikasari Shuhaily







