BERA: Operasi penguatkuasaan di sekitar Hutan Simpan Kekal (HSK) kawasan Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera di Kampung Lubuk Tambangan di sini, semalam dicabar apabila sekumpulan masyarakat Orang Asli didakwa melakukan provokasi, menghalang pasukan penguat kuasa dan mengugut supaya operasi dihentikan.
Ketegangan dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu turut menyebabkan seorang awam cedera dipercayai ditumbuk seorang individu yang belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, kejadian berlaku ketika operasi penguatkuasaan diketuai Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) sedang dijalankan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 54 tahun bagi membantu siasatan.










