SHAH ALAM – Lima syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM41.72 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor), dengan Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan itu.
Bayaran zakat tersebut berkenan diterima Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam istiadat di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.
TH menjadi penyumbang terbesar apabila menyerahkan RM27.01 juta yang diserahkan Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shamsul Ahmad pula menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM5.60 juta.
Ini disusuli Kumpulan Kewangan Islam Maybank sebanyak RM4.22 juta menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbankan Islam merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Mohamad Yasin Abdullah.










