PUTRAJAYA: Kerajaan negeri disaran mewartakan kawasan jelapang padi bagi memastikan kelestarian kawasan tanaman itu serta memperkukuh keterjaminan makanan negara susulan penurunan Kadar Sara Diri (SSR) beras pada tahun lalu.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), berkata cadangan itu antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat dipengerusikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan EXCO pertanian negeri, semalam.
"Cadangan itu mengambil kira penyusutan keluasan pesawah padi yang turut menyumbang kepada penurunan SSR beras daripada 68 peratus pada 2018 kepada 54.3 peratus pada 2025 serta syor Laporan Ketua Audit Negara supaya kawasan jelapang padi diwartakan bagi mengekalkan keluasan tanah penanaman padi.






