WARGA Gadang Group of Companies bersama komuniti setempat mengambil bahagian dalam Terry Fox Run Shah Alam 2026 di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam, Selangor sebagai tanda sokongan terhadap usaha Cancer Research Malaysia dalam meningkatkan kesedaran dan menyokong penyelidikan kanser.
Larian sejauh lima kilometer itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat bagi membawa mesej harapan serta menyokong usaha mencari penawar kanser.
Acara berkenaan turut menampilkan ucapan
pembukaan oleh Pesuruhjaya Tinggi Kanada
ke Malaysia, Jodi Robinson dan Ketua Pegawai Eksekutif Cancer Research Malaysia, Andy Khoo Boo Teik.
Bagi Gadang, penyertaan ini mencerminkan komitmen kumpulan untuk bersama komuniti, menyokong usaha yang bermakna dan memberi impak positif kepada masyarakat. – UTUSAN








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F12%2Fff13c5aced267bd057c294b0a237e5d4.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
