Aden: Pemberontak Houthi melancarkan serangan peluru berpandu yang mengorbankan beberapa nyawa ke atas istana presiden di Aden, ibu kota sementara kerajaan Yaman, pada Khamis, ketika Arab Saudi menyalahkan Iran atas peningkatan mendadak konflik berpanjangan itu.
Serangan berkenaan menyasarkan pusat arahan di dalam kompleks Istana Presiden Al-Maashiq yang digunakan oleh pasukan kerajaan Yaman dan pakatan tentera pimpinan Arab Saudi yang menyokong mereka, kata seorang menteri Yaman yang enggan namanya didedahkan.
Arab Saudi dan kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa serta disokong Riyadh berdepan serangan berterusan Houthi sejak kebelakangan ini, sekali gus mengalihkan tumpuan kepada konflik lebih luas di Asia Barat yang tercetus susulan serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran pada Februari lalu.








