WASHINGTON: Kumpulan tujuh negara perindustrian (G7) semalam mengumumkan mereka merancang untuk melepaskan 100 juta tong minyak dan produk bahan api dalam minggu-minggu akan datang.
Ia akan bermula dengan jumlah diesel yang 'banyak', selepas harga bahan api itu mencapai paras rekod tertinggi di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, lapor Associated Press (AP).
Presiden AS, Donald Trump, berkata pelepasan diesel itu akan berlaku 'serta-merta', manakala G7 dalam kenyataan pula berjanji melakukan 'pelepasan besar yang dimuatkan awal' bagi diesel dalam tempoh 20 hari akan datang.
Trump mengumumkan tindakan itu menerusi media sosial, semalam.
Presiden itu dan Parti Republikan berdepan tekanan untuk menangani lonjakan harga menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November depan.








