KUALA LUMPUR: Rasa kecewa selepas gagal membantu Malayan Tigress Bawah 17 Tahun (B-17) melayakkan diri ke Piala Asia Wanita B-17 2027 mendorong pemain sayap negara, Lim You, menyampaikan permohonan maaf kepada penyokong yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang kempen kelayakan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Lim You turut merakamkan penghargaan kepada semua penyokong yang sentiasa memberikan semangat kepada skuad muda negara, meskipun mereka gagal mencapai sasaran untuk beraksi di pentas Asia.

"Terima kasih banyak kepada semua penyokong dan mereka yang menyokong serta memberikan semangat kepada kami sepanjang perjalanan ini. Anda semua amat bermakna buat saya dan saya sangat menghargai setiap seorang daripada anda," kata Lim You.