nooratiqah.sulaiman@bh.com.my
Damansara: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan ibadah haji perlu diseimbangkan dengan bimbingan ulama dan pembimbing haji bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat susulan perbezaan pandangan hukum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, perkembangan teknologi termasuk AI dan kemunculan pelbagai sumber rujukan agama digital menuntut institusi agama lebih proaktif dalam menangani perbezaan pandangan atau khilaf yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
"Teknologi harus menjadi alat yang memperkukuh kefahaman manusia, bukannya menggantikan kewibawaan ilmu dan peranan ulama serta pembimbing haji.






